KEMAHIRAN 3 : KEMAHIRAN MENERANG
JENIS-JENIS PENERANGAN
- Penaakulan - menstruktur semula konsep / idea.
- Interpretatif - menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan.
- Diskriptif - menghuraikan proses, struktur, dan prosedur.
KOMPONEN MENERANG
- Ayat pembukaan - untuk menarik perhatian (cth:tanya soalan)
- Isi kandungan - itipati tentang apa yang ingin diterangkan.
- Penghubung - frasa yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan (penanda wacana)
- Ayat penutup - ringkasan isi kandungan penerangan
- Soalan bagi menaksir kefahaman - soalan pendek untuk menilai kefahaman pelajar.
4 PRINSIP UTAMA KEMAHIRAN MENERANG
KEMAHIRAN 4 : KEMAHIRAN MEMPERKUKUH
TUJUAN MEMPERKUKUH :
- meningkatkan interaksi bilik darjah
- memperbaiki disiplin bilik darjah
- memotivasi pelajar
- meningkatkan keyakinan pelajar
- mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
- meningkatkan kefahaman pelajar
KOMPONEN KEMAHIRAN MEMPERKUKUH
1. Penggunaan bahasa lisan
- guna frasa yang positif (cth:bagus, baik, tepat, dll)
- guna kiu lisan tambahan (cth : um, aha, teruskan, dll)
2. Penggunaan tindakan bukan lisan
- guna bahasa isyarat (cth : angguk kepala, senyum, menepuk tangan, mendengar dengan tekun, dll)
3. Penggunaan ganjaran
- beri peluang pelajar buat lawatan, bermain permainan yang mendidik, mencari maklumat di perpustakaan, dll
4. Penggunaan jawapan pelajar
- struktur semula jawapan pelajar
- ulang jawapan pelajar
- bina idea/konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar
PRINSIP MEMPERKUKUH
- tunjukkan kemesraan, keghairahan / semangat kesungguhan dan masukan unsur kecindan
- berfikir terbuka terhadap kelakuan pelajar
- pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
- bersifat ikhlas
KEMAHIRAN 5 : KEMAHIRAN MEMBUAT DEMONSTRASI
KOMPONEN MEMBUAT DEMONSTRASI
1. Membuat persediaan awal
- tentukan konsep, prinsip, proses yang hendak diajar
- tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
- jana beberapa soalan penting yang akan digunakan
- lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi berjaya
2. Menjalankan demonstrasi (jenis-jenis demonstrasi)
- demonstrasi guru
- demonstrasi guru-pelajar
- demonstrasi pelajar
- demonstrasi tetamu jemputan
PRINSIP MENJALANKAN DEMONSTRASI
- seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi interaktif (cth : teknik demonstrasi POE)
- utamakan proses induktif berbanding deduktif
- tunjukkan keterujaan supaya demo kelihatan 'hidup'
- pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
- sentiasa bertanyasoalan berorientasi inkuiri
- dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar
- beri pengukuhan positif
- lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan
KEMAHIRAN 6 : KEMAHIRAN MENGENDALIKAN PERBINCANGAN
TUJUAN MENGADAKAN PERBINCANGAN
- melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
- melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
- memperkukuhkan pembelajaran
- merangsang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
- memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar
LANGKAH-LANGKAH MENGENDALI PERBINCANGAN
1. Perancangan
- tetapkan tujuan dan objektif
- senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian objektif
- rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasikan dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)
2. Pelaksanaan
- mulakan dengan satu persoalan saintifik
- galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
- gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan "Apa pendapat kamu?"
- aplikasi langkah-langkah menyoal
- akhiri perbincanagn dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
- gunakan soalan reflekti sekerap yang mungkin.
PRINSIP MENGENDALIKAN PERBINCANGAN
- wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja dialu-alukan bahkan diharapkan
- sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
- cuba ingat semua idea yang dilontarkan pelajar dan gabungkan dimana sesuai.
- pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar
KEMAHIRAN 7 : KEMAHIRAN MENGENDALI KERJA AMALI
TUJUAN MENJALANKAN AMALI
- meningkatkan penguasaan isi kandungan
- memberi peluang pelajar mengalami tabii , kaedah, dan semangat sains
- membina kemahiran dan sikap saintifik
- membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
- membina kemahiran praktik yang generik
- membina pengetahuan sains secara empirik
- membina kemahiran bekerja dalam kumpulan
PRINSIP MENGENDALI KERJA AMALI
- tentukan objektif kerja amali
- sediakan bahan, peralatan dan sumber secukupnya sebelum amali dijalankan
- bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga
- wujudkan persekitaran yang mengujakan, merangsang sifat ingin tahu dan bersemangat sains di makmal
- beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
- ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan.
KEMAHIRAN 8 : KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN
KEMAHIRAN 9 : KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI
TUJUAN MEMBUAT REFLEKSI
- mengenal pasti isu / masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
- mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
- merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme
KOMPONEN KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI
- mengenal pasti isu / masalah yang signifikan
- mengenal pasti sumber masalah
- melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira / mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi
- mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
- menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
- menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleg diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan