on Tuesday, October 18, 2011
4 OKTOBER 2011 - SEMINAR NUKLEAR
Setelah melalui proses perancangan selama 4 minggu, akhirnya kami berjaya menjalankan satu seminar yang bertajuk Malaysia & Nuklear:Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia. Kami telah menjemput seorang penceramah dari Bahagian Kuasa Nuklear Malaysia. Selain itu, pada hari kejadian setiap kumpulan telah membentangkan dapatan kajian yang telah dilakukan sepanjang 4 minggu tersebut.Pelbagai masalah dan dugaan telah kami lalui sepanjang perancangan program ini. Namun dengan kerjasama dari semua classmate, akhirnya seminar tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Tahniah cikgu fizik sekalian...hehe..dan tidak lupa juga kepada ahli kumpulan Geng Bas Sekolah (glo, mira, shikin, lisa, wee, ina & yaya)...you are awesome guys!!!..Jom tengok gambar ni...










3 OKTOBER 2011 - DEBAT NUKLEAR
Pertandingan debat ini merupakan salah satu program yang perlu kami jalankan. Ini adalah sebahagian daripada Project Based Learning (PBL) kami. Debat ini membangkitkan persoalan mengenai adakah relevan tenaga nuklear di malaysia. Hujah-hujah yang sangat mantap telah dilontarkan oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Kecoh kelas kami dibuatnya... Ditambah pula dengan hujah dan soalan dari penonton menjadikan suasana lebih 'panas'..hehe..Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada ain dan tarmimi selaku speaker kerajaan serta hanafi dan fiza selaku speaker pembangkang..Jom kita saksikan gambar sekitar debat ini berlangsung.





Hello blogger...i'm back!..rasanya dah lama juga aku tak post entri baru kat blog aku ni...hehe..kuliah ke 5 dan 6 aku tak masuk kelas sebab terlibat dengan perbarisan hari patriotik upsi wakil kelanasiswa..walaupun kami tak menang, but I'M PROUD TO BE SCOUT!..hehe..ok,back to the topic..aku ada la tanya kawan-kawan tentang apa yang mereka balajar..mereka pun suruh aku baca tentang kemahiran proses sains (KPS) atau dalam bahasa omputeh science process skills..Apa itu KPS???

Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Definisi 7 KPS
1. Pemerhatian
Menggunakan deria atau peralatan yang sesuai untuk mengumpul maklumat mengenai objek, sesuatu keadaan atau fenomena. Kemahiran lain termasuk mengumpul bukti, mengenal pasti persamaan dan perbezaan, mengkelas, mengukur, dan mengenal pasti pemerhatian yang diperlukan.

2. Penyoalan
Menjana soalan mengenai sesuatu objek, keadaan atau fenomena. Kemahiran lain termasuk mengenali dan bertanyakan soalan yang boleh disiasat, mencadangkan bagaimana jawapan kepada soalan boleh dicari, dan menukarkan soalan supaya ia boleh disiasat.

3. Menerbitkan hipotesis
Memberi penerangan sesuatu kemungkinan berasaskan pengalaman, fenomena, keadaan ataupun sifat semulajadi objek tersebut. Hipotesis boleh diuji. Hipotesis tidak sama dengan ramalan, iaitu ia hasil yang dijangka dari sesuatu keadaan yang spesifik. Walaubagaimanapun, hipotesis boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu keadaan. Subkemahiran meliputi membuat inferens, membina model untuk menjelaskan idea dan menerangkan bukti disebalik hipotesis.

4. Membuat ramalan
Meramal sesuatu dapatan akan datang yang spesifik berdasarkan sesuatu objek, bukti ayau hipotesis (satu penjelasan). Ramalan berdasarkan suatu hipotesis boleh digunakan untuk merancang ujian bagi hipotesis tersebut. Ramalan bukan satu tekaan yang tidak berasas. Subkemahiran kemahiran ini termasuk mengesahkan satu ramalan dalam corak sesuatu bukti dan membuat ramalan untuk menguji sesuatu hipotesis.

5. Perancangan dan penyiasatan
Mereka bentuk satu penyiasatan termasuk prosedur untuk mengambil data yang sahih. Perancangan termasuk memikirkan cara untuk menguji hipotesis. Perancangan tidak sentiasa formal. Subkemahiran termasuk mengenal pasti dan mengawal pembolehubah serta mengguna alat ukur.

6. Mentafsir
Mengambil kira bukti, menilai dan melakarkan keputusan berdasarkan data. Subkemahiran termasuk mentafsir data secara statistik, mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh manusia dan eksperimen, menilai hipotesis berasakan data serta memberi cadangan pengujian seterusnya jika perlu.

7. Komunikasi
Menjelaskan pemerhatian, idea, model teori atau kesimpulan secara bercakap, menulis, melukis, membuat model dan sebagainya. Subkemahiran termasuk bercakap dengan seseorang yang lebih berilmu, menggunakan punca lain, memberi laporan, membina jadual data, carta dan graf.


(sumber :Institut Fundamental of Inquiry, Exploratorium Science Centre, San Francisco)