on Wednesday, November 09, 2011
KEMAHIRAN 2 : KEMAHIRAN MENYOAL
Hari ni sambungan kuliah semalam iaitu kemahiran mikropengajaran. Dr nurul menerangkan fasa yang kedua iaitu kemahiran menyoal.Terdapat beberapa tujuan menyoal. Antaranya ialah :
  • memulakan inkuiri
  • melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
  • menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
  • menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
  • menggalakkan pelajar bertanya soalan
  • membina kemahiran berfikir
  • meminta penjelasan idea pelajar
  • mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
  • mentaksir kefahaman pelajar
LANGKAH 1 : AJUKAN SOALAN KEPADA SELURUH KELAS

    • dahului lontaran soalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika perlu)
    • tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya.
    • ajukan soalan dengan tepat dan jelas menggunakan ayat pendek agar pelajar senang memahami.
    • elakkan soalan retorik
    LANGKAH 2 : MEMBERI MASA BERFIKIR YANG SESUAI (WAIT-TIME)

    • masa berfikir adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diberi.
    • masa berfikir diberi selepas guru mengajukan soalan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan pelajar.
    LANGKAH 3 : MEMILIH PELAJAR UNTUK MENJAWAB


    • pemilihan pelajar secara rawak boleh mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi soal-jawab.
    • panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakkan pelajar menjawab secara beramai-ramai.
    • mengingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan (contoh:angkat tagan)
    LANGKAH 4 : MEMBERI RESPON / REAKSI KEPADA JAWAPAN PELAJAR


    • pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar.
    • beri respon tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan salah/betul)
    • beri galakan (klu/isyarat/olah soalan dalam bentuk lebih mudah) jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting)
    • tanya lebih lanjut (probing) untuk mendapat penjelasan tentang idea pelajar dan menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
    • tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar kepada pelajar lain (redirect).
    • kaitkan semua jawapan pelajar untuk membuat kesimpulan (interrelating)
    LANGKAH 5 : MEMBERI PENEKANAN ATAU MEMBUAT RINGKASAN JAWAPAN TEPAT/YANG BOLEH DITERIMA

    • nyatakan semula tujuan/soalan utama selepas sesi soal-jawab diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima.
    • guna alat pandang dengar (jika perlu)


    APA ITU MIKROPENGAJARAN???
    Kemahiran mengajar yang boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas. Kemahiran ini adalah untuk membantu guru menguasai kemahiran mengajar. Terdapat 9 kemahiran mikropengajaran iaitu:

    1. Memulakan pengajaran (mencungkil idea)
    2. Menyoal
    3. Menerang
    4. Memperkukuh
    5. Membuat demonstrasi
    6. Mengendali perbincangan
    7. Mengendali kerja amali
    8. Menutup pengajaran
    9. Membuat refleksi
    KEMAHIRAN 1 : MEMULAKAN PELAJARAN
    Tujuan fasa permulaan pengajaran:
    • menarik perhatian pelajar
    • membantu pelajar bersedia (kognitif & afektif)
    • memperkenalkan objektif pembelajaran
    • membina aliran pemikiran
    • mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar
    KOMPONEN KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN



    CARA MENCUNGKIL IDEA PELAJAR
    • soal jawab keseluruhan kelas
    • perbincangan kumpulan
    • demonstrasi guru
    • kuiz pendek atau pra-ujian
    • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
    • Peta konsep (Concept map)
    • Kartun konsep (Concept cartoon)
    • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
    Example of concept map
    Example of concepts cartoon