KEMAHIRAN 2 : KEMAHIRAN MENYOAL
Hari ni sambungan kuliah semalam iaitu kemahiran mikropengajaran. Dr nurul menerangkan fasa yang kedua iaitu kemahiran menyoal.Terdapat beberapa tujuan menyoal. Antaranya ialah :
Hari ni sambungan kuliah semalam iaitu kemahiran mikropengajaran. Dr nurul menerangkan fasa yang kedua iaitu kemahiran menyoal.Terdapat beberapa tujuan menyoal. Antaranya ialah :
- memulakan inkuiri
- melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
- menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
- menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
- menggalakkan pelajar bertanya soalan
- membina kemahiran berfikir
- meminta penjelasan idea pelajar
- mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
- mentaksir kefahaman pelajar
- dahului lontaran soalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika perlu)
- tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya.
- ajukan soalan dengan tepat dan jelas menggunakan ayat pendek agar pelajar senang memahami.
- elakkan soalan retorik
- masa berfikir adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diberi.
- masa berfikir diberi selepas guru mengajukan soalan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan pelajar.
- pemilihan pelajar secara rawak boleh mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi soal-jawab.
- panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakkan pelajar menjawab secara beramai-ramai.
- mengingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan (contoh:angkat tagan)
- pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar.
- beri respon tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan salah/betul)
- beri galakan (klu/isyarat/olah soalan dalam bentuk lebih mudah) jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting)
- tanya lebih lanjut (probing) untuk mendapat penjelasan tentang idea pelajar dan menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
- tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar kepada pelajar lain (redirect).
- kaitkan semua jawapan pelajar untuk membuat kesimpulan (interrelating)
- nyatakan semula tujuan/soalan utama selepas sesi soal-jawab diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima.
- guna alat pandang dengar (jika perlu)
0 comments:
Post a Comment