9 KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN UTAMA (PART 1)

on Wednesday, November 09, 2011
APA ITU MIKROPENGAJARAN???
Kemahiran mengajar yang boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas. Kemahiran ini adalah untuk membantu guru menguasai kemahiran mengajar. Terdapat 9 kemahiran mikropengajaran iaitu:

  1. Memulakan pengajaran (mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Membuat demonstrasi
  6. Mengendali perbincangan
  7. Mengendali kerja amali
  8. Menutup pengajaran
  9. Membuat refleksi
KEMAHIRAN 1 : MEMULAKAN PELAJARAN
Tujuan fasa permulaan pengajaran:
  • menarik perhatian pelajar
  • membantu pelajar bersedia (kognitif & afektif)
  • memperkenalkan objektif pembelajaran
  • membina aliran pemikiran
  • mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar
KOMPONEN KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN



CARA MENCUNGKIL IDEA PELAJAR
  • soal jawab keseluruhan kelas
  • perbincangan kumpulan
  • demonstrasi guru
  • kuiz pendek atau pra-ujian
  • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  • Peta konsep (Concept map)
  • Kartun konsep (Concept cartoon)
  • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
Example of concept map
Example of concepts cartoon


0 comments:

Post a Comment