Hello blogger!...macam dah berhabuk je blog aku ni..haha..setelah berkurun lama, baru hari ni nak update...tapi tak apa la, bak kata orang "better than nothing"..hehe..ok,lets move on..Hari ni Dr Nurul menerangkan mengenai tugasan kami yang kedua iaitu mengenai unit pengajaran...fuhhh,baru je habis PBL dh ada tugasan baru...itu la hakikat yang perlu ditempuhi oleh seorang mahasiswa/mahasiswi :)..apa itu unit pengajaran???
UNIT PENGAJARAN
Pelan instruksi / pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan mengandungi perihalan tentang:
KOMPONEN 1 : TAJUK DAN TUJUAN UNIT
- merupakan sinopsis tentang apa yang hendak dicapai unit pengajaran dan kepentingan tema / bahagian sukatan pelajaran yang dipilih.
KOMPONEN 2 : PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR
- pengetahuan sedia ada pelajar - 4 lessons
- pelan mencungkil data - 4 lessons
- idea atau objektif utama yang berkemungkinan sukar dicapai - 4 lessons
- miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep saintifiknya yang tepat - 1 unit
KOMPONEN 3 : ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN
- hasil pembelajaran - 4 lessons
- senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori - 4 lessons
- idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur pelajar - 4 lessons
- persoalan utama dengan jawapan saintifiknya - 4 lessons
- objek, sistem atau kejadian sebenar yang berkaitan dengan tajuk/konsep/prinsip/hukum/teori - 4 lessons
- peta konsep - 1 unit
Setakat ini kami hanya perlu menyiapkan 3 komponen pertama. Komponen yang selebihnya akan dibuat kemudian...Jadi apa tunggu lagi,masa untuk buat tugasan!!!!!...jangan jadi macam gambar kat bawah ni sudah..hehe :)
0 comments:
Post a Comment