word of the day : "Assessment" (Pentaksiran)

on Wednesday, September 14, 2011

Hari kedua kelas...perkataan yang kerap disebut ialah pentaksiran. Apa itu pentaksiran???..ada yang cakap pentaksiran tu sama erti dengan penilaian..betul ke???..bak kata dr nurul:

"pentaksiran merupakan proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan mampu buat"


Mengapa guru perlu tahu mengenai pentaksiran???
  • mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar
  • memantau kemajuan pelajar
  • menentukan keberkesanan pengajaran
Terdapat beberapa jenis pentaksiran.contohnya:
  1. Pentaksiran sumatif (summative assessment)-meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran. Contohnya ujian bertulis. 
  2. Pentaksiran formatif (formative assessment)-dijalankan secara informal seperti pemerhatian,soal jawab, dan kuiz.
  3. Pentaksiran rakan sebaya (peer assessment)-meliputi kerja berpasukan dan komunikasi antara semua pelajar.
  4. Pentaksiran kendiri (self assessment)-pengujian dan penilaian secara individu


Apa itu "rubrik"???
Rubrik merupakan alat yang digunakan untuk pentaksiran. Ia merupakan panduan penilaian yang menggambarkan kriteria yang diinginkan oleh guru dalam menilai pelajar. Selain kaedah rubrik,guru juga boleh menggunakan kaedah seperti pemerhatian, ujian, kuiz dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment