on Thursday, November 10, 2011
KEMAHIRAN 3 : KEMAHIRAN MENERANG

JENIS-JENIS PENERANGAN
  1. Penaakulan - menstruktur semula konsep / idea.
  2. Interpretatif - menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan.
  3. Diskriptif     - menghuraikan proses, struktur, dan prosedur.
KOMPONEN MENERANG
  1. Ayat pembukaan - untuk menarik perhatian (cth:tanya soalan)
  2. Isi kandungan      - itipati tentang apa yang ingin diterangkan.
  3. Penghubung        - frasa yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan (penanda wacana)
  4. Ayat penutup      - ringkasan isi kandungan penerangan
  5. Soalan bagi menaksir kefahaman - soalan pendek untuk menilai kefahaman pelajar.
4 PRINSIP UTAMA KEMAHIRAN MENERANG



KEMAHIRAN 4 : KEMAHIRAN MEMPERKUKUH

TUJUAN MEMPERKUKUH : 
  • meningkatkan interaksi bilik darjah
  • memperbaiki disiplin bilik darjah
  • memotivasi pelajar
  • meningkatkan keyakinan pelajar
  • mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
  • meningkatkan kefahaman pelajar
KOMPONEN KEMAHIRAN MEMPERKUKUH
    
1. Penggunaan bahasa lisan
  • guna frasa yang positif (cth:bagus, baik, tepat, dll)
  • guna kiu lisan tambahan (cth : um, aha, teruskan, dll)
2. Penggunaan tindakan bukan lisan
  • guna bahasa isyarat (cth : angguk kepala, senyum, menepuk tangan, mendengar dengan tekun, dll)
3. Penggunaan ganjaran
  • beri peluang pelajar buat lawatan, bermain permainan yang mendidik, mencari maklumat di perpustakaan, dll
4. Penggunaan jawapan pelajar
  • struktur semula jawapan pelajar
  • ulang jawapan pelajar
  • bina idea/konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar
PRINSIP MEMPERKUKUH
  • tunjukkan kemesraan, keghairahan / semangat kesungguhan dan masukan unsur kecindan
  • berfikir terbuka terhadap kelakuan pelajar
  • pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
  • bersifat ikhlas

KEMAHIRAN 5 : KEMAHIRAN MEMBUAT DEMONSTRASI


KOMPONEN MEMBUAT DEMONSTRASI

1. Membuat persediaan awal
  • tentukan konsep, prinsip, proses yang hendak diajar
  • tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
  • jana beberapa soalan penting yang akan digunakan
  • lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi berjaya
2. Menjalankan demonstrasi (jenis-jenis demonstrasi)
  • demonstrasi guru
  • demonstrasi guru-pelajar
  • demonstrasi pelajar
  • demonstrasi tetamu jemputan
PRINSIP MENJALANKAN DEMONSTRASI
  • seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi interaktif (cth : teknik demonstrasi POE)
  • utamakan proses induktif berbanding deduktif
  • tunjukkan keterujaan supaya demo kelihatan 'hidup'
  • pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
  • sentiasa bertanyasoalan berorientasi inkuiri
  • dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar
  • beri pengukuhan positif
  • lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan
KEMAHIRAN 6 : KEMAHIRAN MENGENDALIKAN PERBINCANGAN

TUJUAN MENGADAKAN PERBINCANGAN
  • melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
  • melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
  • memperkukuhkan pembelajaran
  • merangsang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
  • memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar
LANGKAH-LANGKAH MENGENDALI PERBINCANGAN
1. Perancangan
  • tetapkan tujuan dan objektif
  • senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian objektif
  • rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasikan dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)
2. Pelaksanaan
  • mulakan dengan satu persoalan saintifik
  • galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
  • gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan "Apa pendapat kamu?"
  • aplikasi langkah-langkah menyoal
  • akhiri perbincanagn dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
  • gunakan soalan reflekti sekerap yang mungkin.
PRINSIP MENGENDALIKAN PERBINCANGAN
  • wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja dialu-alukan bahkan diharapkan
  • sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
  • cuba ingat semua idea yang dilontarkan pelajar dan gabungkan dimana sesuai.
  • pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar

KEMAHIRAN 7 : KEMAHIRAN MENGENDALI KERJA AMALI
TUJUAN MENJALANKAN AMALI
  • meningkatkan penguasaan isi kandungan
  • memberi peluang pelajar mengalami tabii , kaedah, dan semangat sains
  • membina kemahiran dan sikap saintifik
  • membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
  • membina kemahiran praktik yang generik
  • membina pengetahuan sains secara empirik
  • membina kemahiran bekerja dalam kumpulan
PRINSIP MENGENDALI KERJA AMALI
  • tentukan objektif kerja amali
  • sediakan bahan, peralatan dan sumber secukupnya sebelum amali dijalankan
  • bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga
  • wujudkan persekitaran yang mengujakan, merangsang sifat ingin tahu dan bersemangat sains di makmal
  • beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
  • ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan.
KEMAHIRAN 8 : KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN


KEMAHIRAN 9 : KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

TUJUAN MEMBUAT REFLEKSI
  • mengenal pasti isu / masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
  • mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  • merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme
KOMPONEN KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI
  • mengenal pasti isu / masalah yang signifikan
  • mengenal pasti sumber masalah
  • melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira / mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi
  • mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  • menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
  • menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleg diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan
on Wednesday, November 09, 2011
KEMAHIRAN 2 : KEMAHIRAN MENYOAL
Hari ni sambungan kuliah semalam iaitu kemahiran mikropengajaran. Dr nurul menerangkan fasa yang kedua iaitu kemahiran menyoal.Terdapat beberapa tujuan menyoal. Antaranya ialah :
  • memulakan inkuiri
  • melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
  • menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
  • menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
  • menggalakkan pelajar bertanya soalan
  • membina kemahiran berfikir
  • meminta penjelasan idea pelajar
  • mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
  • mentaksir kefahaman pelajar
LANGKAH 1 : AJUKAN SOALAN KEPADA SELURUH KELAS

    • dahului lontaran soalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika perlu)
    • tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya.
    • ajukan soalan dengan tepat dan jelas menggunakan ayat pendek agar pelajar senang memahami.
    • elakkan soalan retorik
    LANGKAH 2 : MEMBERI MASA BERFIKIR YANG SESUAI (WAIT-TIME)

    • masa berfikir adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diberi.
    • masa berfikir diberi selepas guru mengajukan soalan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan pelajar.
    LANGKAH 3 : MEMILIH PELAJAR UNTUK MENJAWAB


    • pemilihan pelajar secara rawak boleh mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi soal-jawab.
    • panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakkan pelajar menjawab secara beramai-ramai.
    • mengingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan (contoh:angkat tagan)
    LANGKAH 4 : MEMBERI RESPON / REAKSI KEPADA JAWAPAN PELAJAR


    • pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar.
    • beri respon tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan salah/betul)
    • beri galakan (klu/isyarat/olah soalan dalam bentuk lebih mudah) jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting)
    • tanya lebih lanjut (probing) untuk mendapat penjelasan tentang idea pelajar dan menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
    • tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar kepada pelajar lain (redirect).
    • kaitkan semua jawapan pelajar untuk membuat kesimpulan (interrelating)
    LANGKAH 5 : MEMBERI PENEKANAN ATAU MEMBUAT RINGKASAN JAWAPAN TEPAT/YANG BOLEH DITERIMA

    • nyatakan semula tujuan/soalan utama selepas sesi soal-jawab diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima.
    • guna alat pandang dengar (jika perlu)


    APA ITU MIKROPENGAJARAN???
    Kemahiran mengajar yang boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas. Kemahiran ini adalah untuk membantu guru menguasai kemahiran mengajar. Terdapat 9 kemahiran mikropengajaran iaitu:

    1. Memulakan pengajaran (mencungkil idea)
    2. Menyoal
    3. Menerang
    4. Memperkukuh
    5. Membuat demonstrasi
    6. Mengendali perbincangan
    7. Mengendali kerja amali
    8. Menutup pengajaran
    9. Membuat refleksi
    KEMAHIRAN 1 : MEMULAKAN PELAJARAN
    Tujuan fasa permulaan pengajaran:
    • menarik perhatian pelajar
    • membantu pelajar bersedia (kognitif & afektif)
    • memperkenalkan objektif pembelajaran
    • membina aliran pemikiran
    • mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar
    KOMPONEN KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN



    CARA MENCUNGKIL IDEA PELAJAR
    • soal jawab keseluruhan kelas
    • perbincangan kumpulan
    • demonstrasi guru
    • kuiz pendek atau pra-ujian
    • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
    • Peta konsep (Concept map)
    • Kartun konsep (Concept cartoon)
    • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
    Example of concept map
    Example of concepts cartoon