on Friday, September 23, 2011
Kuliah ke 4...apa agaknya tajuk yang akan kami pelajari hari ini...hmmm..kelas hari ni 1 jam setengah je...hehe..Hari ini dr.nurul menggarahkan kami untuk membina sebuah illustrasi model pengajaran konstruktivisme. Apa yang kami perlu lakukan ialah mencari prinsip pembelajaran konstruktivisme bagi menghasilkan satu model pengajaran. Perkara yang perlu dilakukan ialah:
  1. Tentukan hasil pembelajaran yang diingini
  2. Rancang aktiviti P&P berdasarkan setiap hasil pembelajaran
  3. Taksir sama ada pelajar mencapai hasil pembelajaran
  4. Berikan pengukuhan dan maklum balas dengan segera
contoh:

dan ini la hasilnya (ni pn dpt dr dr..nurul..hehe):

Premis asas konstruktivisme:
  • pelajar membina, meruntuh (deconstruct) dan membina semula pengetahuan mereka sendiri
  • membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran
  • pembelajaran berlaku apabila pelajar menstruktur semula idea sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.
Prinsip pembelajaran konstruktivisme:
  • pembelajaran ialah proses yang berterusan dan aktif
  • pembelajaran melibatkan aktiviti mental dan juga sosial
  • pembelajaran melibatkan bahasa
  • pembelajaran perlu ada konteks
  • pelajar memerlukan pengetahuan untuk belajar
  • pembelajaran memerlukan masa yang mencukupi
  • metakognis (kesedaran & kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran)
Illustrasi model pengajaran konstruktivisme:

on Wednesday, September 21, 2011
Kuliah ke 3...hari ni kami belajar tentang apa itu pendidikan, instruksi, pengajaran, teknologi, penaksiran dan pembelajaran...hmmmm,byk juga nak kena belajar hari ni..hehe..objektif pembelajaran hari ni ialah:

  • Membezakan antara pendidikan, instruksi, dan pengajaran
  • Menghuraikan hubungan antara pengajaran, teknologi, penaksiran dan pembelajaran

Pada awalnya dr.Nurul tanya secara rawak tentang maksud istilah-istilah di atas...cuak gak rasa...mula la gelabah...ye la,dh otak kosong masa tu..ambik kau!..hahaha..dr.Nurul pn suruh kami guna teknik KWHL..teknik ni sebenarnya adalah untuk membantu pelajar menghubungkan maklumat baru yang ingin dipelajari dengan pengetahuan sedia ada supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna.
dan ini la hasil yang saya buat:



lepas tu kami perlu menghubungkaitkan semua konsep tersebut dengan menghasilkan satu peta minda...thanks to gloria sebab jadi pelapor...saya jadi pencatat je...hihi...dan hasilnya adalah seperti berikut: